PETALING JAYA: Gelaran Baby Shima yang dijadikan nama komersial merupakan satu strategi untuknya meraih perhatian umum agar dikenali dalam industri muzik tempatan.
Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashimah Ramli berkata, gelaran itu diberikan sendiri oleh Edry (KRU) mengikut kesesuaian dirinya yang menampilkan imej 'barbie doll' selain muzik 'dance' yang ditonjolkan.
"Nama komersial ini Edry yang beri selepas melihat konsep muzik dan imej yang ditonjolkan.
"Pada mulanya agak kekok juga apabila dipanggil sebegitu, tetapi lama-lama dah serasi pula.
"Lagipun, imej 'barbie' yang saya bawakan ini masih belum ada dalam industri muzik kita," katanya.
Shima ditemui pada pelancaran klip video “single” lagu pertamanya, Tak Sabar di Neway, One Utama, di sini, Rabu.
Penyanyi berusia 19 tahun itu bernaung di bawah KRU Music Sdn Bhd manakala AiCO Empire Group merupakan syarikat pengurusannya.
Tambah Shima yang sudah setahun bergelar penyanyi, dia tidak menyangka kerjaya yang dipilih itu merupakan satu profesion yang sukar dan berat untuk dibawa.
"Agak sukar sebenarnya nak jadi penyanyi. Banyak perkara yang perlu dijaga. Tambahan pula keluarga di kampung Permas Jaya, Johor dah pesan macam-macam agar tidak lalai.
"Risau juga andai kata ada yang tak kena diperkatakan tentang saya.
"Saya nekad tidak sambung pengajian untuk menjadi penyanyi. Diharap keputusan yang dibuat ini betul," ujarnya.
Tak Sabar merupakan lagu berkonsep rancak dan ia sudah pun diputarkan di stesen-stesen radio sejak Disember 2012. Malah klip videonya juga sudah boleh ditonton di stesen televisyen tempatan.
Bagi yang ingin mengenali Shima dengan lebih dekat atau mengikuti perkembangannya, layari laman sosial Facebook.
mstar.com.my

wow
ReplyDeletesayangnya tinggalkan pelajaran kerana nyanyian..
ReplyDeletepernah juga keluar tv video clip dia...comel la juga.. :)
Kejar fofulariti smpai tak blajar,,? Mmang sgt rugi laa...haishhh...
ReplyDeletehoh? betul? x betul langsung sebab x sambung pelajaran sebab nak nyanyi..eiiisshh
ReplyDelete