Ferdy (26) mengaku tidak sedar telah membakar kedua orang tua dan adiknya |
Seorang pemuda di Palu, Sulawesi Tengah, bertindak membakar kedua orang tua dan seorang adiknya.pada hari ini Selasa (22/01/2013) sekitar pukul 05.00 pagi
Kejadian berlaku di rumah kediaman Wandy Sugianto (68) dan Sherly Chandra (48) di Jalan Basuki Rahmat, Kelurahan Birobuli, Palu Selatan. Di rumah itu, pemilik usaha UD. Pelita Indah tersebut tinggal bersama dengan dua anaknya, Ferdy (26) dan Nelly (23).
Ferdy telah membakar kedua orang tua dan adiknya setelah menyimbah badan mereka dengan minyak tanah. Tetapi, ketika disoal oleh Ketua polis Resor Palu AKBP H. Ahmad Ramadhan, Ferdy mengaku dalam keadaan tidak sedar.
Ferdy juga mengatakan tidak tahu bila dirinya dituduh membakar orang tua dan adiknya.
"Saya tidak tahu. Yang saya tahu orang tua dan adik saya terbakar. Saya juga terbakar di tangan kanan. Pertama terbakar saya bangun. Setelah itu saya tertidur lagi. Lalu bangun lagi," ujar Ferdy yang menjawab pertanyaan polis seperti kebingungan.
Ketua Polres Ahmad Ramadhan berkata, awalnya disyaki Ferdy di bawah pengaruh dadah, namun setelah pemeriksaan air kencing di Hospital Bhayangkara, polis Daerah Sulawesi Tengah, Ferdy disahkan negatif.
"Kami sementara menjalankan pemeriksaan atas apa juga kemungkinan seperti kejiwaan kerana ketika ini tertuduh belum mengakui perbuatannya," kata Ramadhan.
Menurut Ramadhan lagi, ia masih menunggu pemeriksaan terhadap mangsa, kerana hanya mereka yang tahu tentang peristiwa ini. Wandy menjadi mangsa paling parah. Ia terbakar 90 peratus. Sherly terbakar di bahagian lengan kiri manakala Nelly terbakar di lengan.
Ketika ini, ketiga mangsa masih dirawat di wad Intensif Care Unit (ICU) Hospital Budi Agung, Jalan Maluku, Palu Selatan. Berkemungkinan ketiga mangsa akan dirawat lebih lanjut di Singapura.
kompas.com

macam2 kejadian nie
ReplyDeletemacam2 kejadian..ni mesti mental tak sihat..
ReplyDeletesakit mental kot dia ni kan redza
ReplyDelete