Kesan paras air sungai yang masih dapat dilihat pada pagar Masjid Kampung Pulau Sekati ketika dilimpahi air sungai malam kelmarin.
KUALA TERENGGANU – Petua orang pulau ada ‘bisa’nya. Itulah dapat digambarkan kepada sebilangan besar orang lama di Kampung Pulau Sekati yang masih diguna pakai generasi hari ini bagi meramal banjir.
Pengerusi JKKKnya, Ramli Man berkata, penduduk di pulau berkenaan terutama mereka yang berumur, dapat mengenal pasti sama ada banjir akan melanda atau sebaliknya di kampung itu apabila tiba musim tengkujuh.
“Faktor hujan dan angin memainkan peranan penting untuk penduduk pulau meramal kampung ini dilanda bah besar atau tidak.
"Sekiranya kelajuan angin mencecah 45 kilometer sejam ditambah dengan hujan yang lebat, penduduk akan bersiap sedia," katanya ketika ditemui di sini.
Kata Ramli, petua itu sering dipraktikkan setiap kali musim tengkujuh, malah warna awan juga dapat menentukan keadaan banjir semasa yang akan melanda.
Namun beliau yang sudah biasa dengan bencana banjir di pulau itu tidak bimbang dengan keadaan sekarang kerana katanya, berbanding apa yang dihadapi penduduk di situ sebelum 1986.
“Kalau dahulu, sekali datang musim tengkujuh memang banjir besar akan melanda pulau ini sehinggakan penduduk terpaksa tinggal di atas rabung rumah.
“Tetapi itu dahulu, sekarang kalau banjir sekali pun, ia tidak menenggelamkan rumah di sini kerana penduduk yang mahu mendirikan rumah akan mengambil kira ketinggian yang sesuai berdasarkan faktor air bah selain sistem saliran yang betul,” katanya.
Majoriti rumah lama di kampung itu mempunyai ketinggian dari 1.21 hingga 2.13 meter dari aras tanah bagi mengelak air memasuki rumah sekiranya musim tengkujuh.
Bagaimanapun, Ramli tidak menafikan masih ada rumah yang rendah dan dinaiki air ketika musim banjir, tetapi penduduk di kampung itu tidak pernah berpindah atau memilih untuk ke pusat pemindahan, sebaliknya mereka lebih suka menumpang di rumah jiran.
Biarpun pulau seluas lebih kurang 32 hektar dan mempunyai 45 rumah sahaja tetapi semangat kejiranan serta tolong-menolong sesama penduduk sangat tinggi di kampung itu.
Sumber: Sinar Harian

No comments:
Post a Comment