Ditahan memandu sambil telanjang dan masturbasi


London - Seorang lelaki didapati memandu kereta di lebuh raya sambil telanjang. Parahnya lagi, lelaki berusia 49 tahun ini tengah asyik bermasturbasi di dalam keretanya ketika pemandu lain melihatnya .

Neal Marshall dilihat oleh seorang pemandu trak di lebuh raya M56 di wilayah Chester , Britain . Si pemandu lori melihatnya sedang melakukan aktiviti seks seorang diri di dalam kereta .

Pemandu tersebut menyedari apa yang terjadi saat melihat Marshall dalam keadaan telanjang dan tidak ada penumpang lain di dalam kereta . Pemandu lori tersebut mencatat nombor plat kereta Marshall dan kemudian melapor ke polis . Demikian seperti dilapor news.com.au , Jumaat ( 20/12/2013 ) .

Semasa disoal siasat polis , Marshall enggan mengulas . Namun akhinya kes ini dibawa ke mahkamah tempatan . Marshall dijerat dakwaan perbuatan tak senonoh di depan awam .

Dalam persidangan dia mengaku bersalah . Hakim menjatuhkan hukuman 12 bulan kerja sosial dan pengawasan selama 12 bulan . Marshall juga diperintahkan untuk membayar denda 85 pound dan pampasan mangsa sebanyak 60 pound.

Peguam Marshall , Adrian Evans membela anak guamnya dengan menyebutnya terlalu terbawa ketika asyik berbalas mesej singkat dengan seseorang . Menurut Evans , anak guamnya menyesali perbuatannya .

" Ini memang tidak menjadi alasan justifikasi tindakannya , tapi paling tidak cukup menjelaskan mengapa dia berbuat demikian . Dia ( Marshall ) menyesali perbuatannya . Dia tidak pernah berniat melakukannya di depan awam , " tutur Evans .

Sumber: news.detik.com

No comments:

Post a Comment