Saman KFC kerana patah gigi gigit burger ayam


Stuart Kopania, seorang lelaki Adelaide , Australia , menyaman restoran fast food Kentucky Fried Chicken ( KFC ) kerana katanya giginya patah ketika menggigit satu burger ayam yang dibeli dari restoran itu .

Kopania membawa KFC ke Mahkamah Adelaide , dan meminta ganti rugi sebanyak 12 ribu dollar atas rasa sakit yang dideritanya dan untuk menutup kos perubatan yang harus dibayarnya .

Kopania berkata , dia membeli apa yang seharusnya burger ayam tanpa tulang dari sebuah restoran KFC di bandar itu pada bulan Julai 2010 . Namun , dia mengaku , giginya patah ketika menggigit burger itu .

Menurut Kopania , KFC melakukan kecuaian kerana gagal memastikan bahawa makanan selamat untuk dimakan .

Dia berkata , satu gigi geraham kirinya pecah dan perlu rawatan terus menerus kerana gigi yang rosak itu dipasangi kepala gigi .

Dalam pembelaannya , KFC mendakwa , semua rasa sakit atau penderitaan yang diakui dialami oleh Kopania , tidak berkaitan dengan insiden yang didakwa itu .

Kedua pihak akan melakukan perbincangan untuk mencapai penyelesaian sebelum sidang bermula bulan Februari 2014 .

Sumber: news.detik.com

1 comment:

  1. ntah2 gigi dia sendiri yang memang dah goyang kot hahaha. tak pasal2 kepsi kene saman

    ReplyDelete