Mafia Itali jual bunga kumpul wang


Rom - Polis Itali , isnin ( 16/12/2013 ) , menangkap empat orang suspek ahli mafia yang memaksa para pemilik kedai membeli bunga tradisional Krismas dengan harga 100 euro.

Keempat suspek itu menjual bunga untuk mengumpulkan wang bagi para ahli mafia yang kini menjalani hukuman di penjara . Bunga poinsettia merah merupakan hadiah Krismas tradisional di Itali , biasanya dijual dengan harga 3 euro - 4 euro .

Keempat orang itu merupakan ahli klan Mazzarella dari Camorra , yang merupakan organisasi mafia dari Napoli . Mangsa mereka adalah para pemilik kedai di pusat membeli-belah di bandar Napoli .

Masa menjelang Krismas seperti ini biasanya menjadi kesempatan bagi mafia untuk " menuai rezeki " , terutama dari wang perlindungan di pelbagai kedai . Namun , dengan kemelesetan ekonomi yang tengah menghentam Itali , mafia juga kesulitan mendapatkan pendapatan kerana banyak tempat perniagaan yang gulung tikar .

Sumber: tribunnews.com

3 comments: