Nursalina membaca salinan semula SMS yang dihantar suaminya.
BALING - Seorang isteri mendakwa suaminya terjebak dalam ajaran sesat sejak setahun lalu sehingga meninggalkannya bersama seorang anak.
Nursalina Ibrahim (bukan nama sebenar), 22, mendakwa suaminya meninggalkannya sejak lima bulan lalu tanpa sebarang nafkah.
Menurutnya, suaminya itu dipercayai menetap kondominium mewah di Ampang, Selangor dan sering mengajaknya untuk tinggal bersama.
“Tapi, saya tolak sebab dia ajak saya ikut ajaran yang tak betul, dia terlalu mengagungkan ketuanya sehingga mendakwa ketuanya itu adalah orang terkaya di dunia ini,” katanya.
Katanya, suaminya juga sering menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang langsung tidak masuk akal antaranya mendakwa dirinya pembesar tuanku termasuk ingin menyaman kerajaan sehingga berbilion ringgit.
“Dia kata, dia bersama kumpulannya ada bukti kukuh untuk menyaman kerajaan di negara ini,” katanya.
Katanya, dia terpaksa bekerja di restoran makanan bagi menyara kehidupannya bersama anaknya berikutan suaminya tidak lagi memberikan nafkah sejak lima bulan lalu.
“Saya terpaksa, kalau tidak bagaimana saya nak uruskan kehidupan, suami pula ajak ikut jejak dia, percaya perkara yang karut,” katanya.
Nursalina berkahwin dengan suaminya pada 2010 berikutan tertarik dengan penampilan suaminya yang kemas dan sering bercakap mengenai soal agama.
“Tapi, bila dah kahwin, apa pun dia buat, saya tak tahu, dia banyak percaya perkara karut termasuk mempercayai amalan tarik wang.
“Kemudian, selepas dia kenal dengan ajaran baru ini, dia terus percaya dan taksub sehingga meninggalkan saya,” katanya.
Katanya, dia turut menerima SMS ringkas mantera yang digunakan oleh suaminya sehingga mengakibatkannya suaminya itu terlalu taksub dengan ajaran itu.
“Saya risau, sekiranya ada yang terjebak dalam ajaran ini. Disebabkan itu, saya berharap agar pihak berwajib memantau mengenai masalah ini, saya sedia memberikan sebarang kerjasama,” katanya.
Sumber: Sinar Harian

macam2
ReplyDeletetangkap ketua ajaran sesat tu dulu br tangkap suami dia ni
ReplyDelete