5 cara unik untuk mengusir tikus

Berikut rangkuman lima cara unik mengusr tikus:

1. Peppermint (Daun mint)

Cara yang pertama cukup mudah, dengan membeli beberapa ikat daun mint kemudian ditumbuk dan diambil patinya dan campurkan dengan air. Masukkan ke dalam botol spray dan sembur ke sarang atau yang sering dilalui oleh tikus. Tikus sangat membenci aroma daun mint ini.
2. Soda Pop

Cara yang kedua bukan saja unik tapi lucu, sebuah penelitian menyebutkan bahawa tikus tidak mampu bersendawa ataupun mengeluarkan gas dari tubuhnya. Untuk itulah cairan ataupun serbuk baking soda dijadikan sebagai salah satu bahan untuk mengusir tikus.

Kita hanya perlu mencampurkan cairan soda ataupun serbuk baking soda ke dalam makanan yang disenangi tikus. Bayangkan, ia tidak mampu mengeluarkan gas yang hasil reaksi cairan soda dengan asid di dalam perut. Kembung deh!
3. Sos cili, Air dan Deterjen Pakaian

Campurkan sos cili dengan pencuci pakaian kemudian dilarutkan ke dalam air di dalam botol spray. Caranya, sembur aje jika terserempak dengan tikus dijamin tikus akan lari

Hati-hati menggunakan dan menyimpannya kerana berbahaya terutama jika terkena mata!
4. Ammonia (air kencing)

Ammonia merupakan zat yang terkandung di dalam urin manusia, nah cairan tersebut pun boleh mengusir tikus nakal yang bersembunyi di sudut-sudut rumah. Caranya dengan menyembur ammonia (jangan terlalu banyak nanti seisi rumah kita bau hancing) ke kawasan yang dihuni atau dilalui tikus.

Ammonia tersebut berfungsi untuk menghilangkan tanda kekuasaan tikus, sehingga tikus akan tersesat dan mencari kawasan baru. Disebutkan bahawa tikus menandai daerah kekuasaannya dengan air kencingnya, dengan menyembur ammonia yang berbeza maka jejak dan kekuasanya akan hilang.
5. Bunyi Aneh

Taukah kamu tikus sebenarya tidak suka dengan bunyi aneh. Kamu boleh manfaatkan untuk mengusir tikus yang degil dengan letakkan aja mainan yang mengeluarkan bunyi aneh ketempat yang sangat disukai tikus, jika si tikus merasa bising pasti akan lari juga.

 Nah itulah sedikit cara unik untuk mengusir tikus tanpa menggunakan racun. ada yang mahu cuba?
.
Sumber: republika.co.id

No comments:

Post a Comment