Anjing ini suka makan seluar dalam wanita

Barney, anjing pemakan seluar dalam. (Telegraph)

London - Anak anjing liar yang dirawat oleh Battersea Dogs dan Cats Home mempunyai hobi luar biasa iaitu memakan seluar dalam wanita . Sejak dirawat di pusat perlindungan haiwan ini , beberapa item pakaian dalam wanita telah melewati sistem pencernaan haiwan itu dan keluar bersama najisnya dalam keadaan utuh .

Awalnya , mereka tak menduga Barney , nama anjing itu , sebagai " suspek " ketika beberapa kakitangan mengaku kehilangan pakaian dalam . Namun mereka sangat terkejut apabila mendapati sepasang seluar dalam berada di tempat kotoran haiwan .

Sejauh ini , keadaan kesihatan Barney dinilai bagus , tak mengalami gangguang terutama dalam organ penghadaman .

Barney ditemui berkeliaran di jalan - jalan Fulham , sebelah barat London , kira-kira dua minggu lalu . Sepasang seluar ditemui beberapa hari kemudian dalam kotorannya selepas dia dirawat . Sepasang lain muncul dari anusnya beberapa hari kemudian .

Kakitangan di pusat perlindungan haiwan di London selatan ini kemudian melakukan pemeriksaan sinar X. Hasilnya , masih tertinggal satu seluar dalam lagi di lambungnya .

Sam Barley , doktor haiwan di tempat perlindungan itu , menyatakan tak tahu mengapa Barney mempunyai kebiasaan aneh ini . " Ini akan tetap menjadi rahsia dan kami akan menyarankan pemilik barunya nanti untuk membuatnya tetap jauh dari bakul pakaian dan tak menaruh seluar dalam sembarangan , " katanya .

Sumber: tempo.co

No comments:

Post a Comment