Sepasukan anggota JPAM berjaya menangkap biawak komodo seberat 58 kilogram selepas didapati memakan haiwan ternakan milik penduduk kampung di Tambun.
IPOH – Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), cedera selepas dilibas seekor biawakkomodo ketika menangkap haiwan liar itu di Batu 5, Tambun, di sini, semalam.
Pegawai Waran, Roslan Sulaiman berkata, JPAM Daerah Kinta menerima panggilan pada kira-kira jam 12.15 tengah hari dari seorang penduduk yang terlihat reptilia itu dalam sebuah pembetungan di situ yang dijadikan sarang haiwan terbabit.
Menurutnya, penduduk mendakwa kehilangan haiwan ternakan haiwan yang dipercayai angkara biawak itu.
“Biawak seberat 58 kilogram itu agresif ketika cuba dibawa keluar dari pembetung itu. Seorang anggota merangkak masuk bersama tali jerut.
“Anggota JPAM terpaksa bergelut dengan biawak jantan itu selama kira-kira 40 minit sebelum ia berjaya dijerut dan ditarik keluar,” katanya ketika ditemui di Pejabat JPAM Daerah di sini.
Roslan berkata, anggota JPAM, Hafizal Jamaluddin mengalami kecederaan pada lengan kanannya selepas dilibas ekor reptilia besar terbabit dan sudah diberikan rawatan.
Katanya, beliau sendiri hampir digigit dan selepas berjaya ditangkap serta diikat, haiwan itu dibawa ke pejabat JPAM sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya.
Sumber: Sinar Harian
IPOH – Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), cedera selepas dilibas seekor biawak

No comments:
Post a Comment