Gagal cari pengasuh, lelaki bawa bayi pergi merompak


DIXON -  Seorang lelaki bernama Paul McGraw membawa bayinya semasa merompak kedai setelah gagal mencari pengasuh.

Seperti yang dilaporkan oleh Associated Press, Khamis (12/12/2013), McGraw melakukan rompakan bersama seorang rakannya di Bandar Dixon, Amerika Syarikat (AS). Nahas bagi McGraw, aksinya gagal dan dia ditangkap pihak berkuasa.

Polis terkejut saat menggeledah kereta yang dibawa McGraw. Mereka menemui seorang bayi di tempat duduk belakang kereta.

McGraw mendapat tambahan hukuman kerana membawa bayinya saat merompak. Lelaki berusia 34 tahun itu dianggap membahayakan si anak.

Bayi McGraw kini dirawat di pusat perlindungan kanak-kanak. Tidak diketahui kemana perginya ibu bayi tersebut.

Sumber: international.okezone.com

1 comment: