Raheem Sterling Enggan Ikut Jelajah Pramusim Liverpool Ke Malaysia


RAHEEM Sterling dilaporkan telah memberitahu Liverpool bahawa dia tidak akan mengikuti kelab itu ke jelajah pramusim.

Bintang England itu didakwa bertindak demikian kerana menjangkakan Anfield akan menerima bidaan ketiga Manchester City bernilai  £50 juta yang akan membolehkan dia berhijrah ke kelab baru.

Pemain sayap itu dikatakan akan bersemuka dengan Brendan Rodgers pada minggu ini untuk memaklumkan hasratnya.

Dia bukan sahaja akan memberitahu untuk tetap meninggalkan Liverpool tetapi enggan mengikuti jelajah pramusim kelab itu ke Australia dan Asia.

Dalam jelajah tersebut, Liverpool akan bertemu pilihan Thailand di Bangkok sebelum ke Kuala Lumpur dan Brisbane serta Adelaide.



Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment