Gangster gaduh di bazar jadi bahan kutukan netizen

Sedutan video yang dimuatnaik oleh Facebook Friends Of PDRM

"HEY ambil pistol aku dalam kereta," kata seorang lelaki dalam sebuah video viral yang dimuatnaik oleh laman Facebook Friends Of PDRM kurang 11 jam lepas.

Dalam video tersebut, dua kumpulan dilihat bergaduh sebelum salah seorang dari mereka menyuruh anak buah mengambil senjata api yang dikatakan disimpan dalam sebuah kereta.

Kejadian tersebut didakwa berlaku di tapak sebuah bazar di Jalan Taiping, Klang.

Waktu, tempat dan motif kejadian sebenar tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, pelayar laman sosial hanya mengutuk tindakan pergaduhan berkenaan dan mentertawakan tindakan-tindakan yang berjaya dirakam.

"Entah apa-apa. Minta pistol simpan dalam kereta. Kalau gangster, tak simpan pistol dalam kereta. Selit (pistol) kat pinggang tu baru betul-betul gangster," kata Zizan.

"Menyesal tengok (video). Bazir kuota internet. Suka sangat tunjuk kuat dengan cara macam ni. Mana, takde pistol tu? Anak buah aku banyak pistol buih. Boleh pinjam, harga boleh runding," kata Syueera.

"Jangan sampai Amran Fan atau Ayahanda Rani Kulup mai bagi penampar," kata Bentara.



Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment