Selepas 2 tahun, seorang lelaki baru sedar anjing yang dipelihara sebenarnya beruang


Seorang lelaki di Yunnan, China, baru sedar dua anjing besar yang dipeliharanya selama dua tahun adalah beruang hitam Asia.

memetik laporan China News, lelaki bernama Wang Kaiyu itu mempunyai sebuah ladang pisang di bandar Jinchang, berhampiran sempadan Vietnam.

Dua tahun lalu, seorang lelaki Vietnam melewati daerahnya bersama dua "anjing" yang kini dipeliharanya. "Saya kemudian membuat keputusan untuk membelinya dari orang itu," katanya kepada wartawan.

Selama dua tahun, dia menjaga dua "anjing" itu dengan penuh kasih sayang. Dia selalu memandikan dan memanjakan mereka setiap hari.


 Wang mengatakan bahawa kedua-dua binatang itu berkelakuan sangat baik dan selera makan mereka semakin bertambah.

"Saya ingat beberapa kali haiwan kesayangan saya didapati memakan ayam di ladang," katanya lagi.


Suatu hari Wang melihat poster tentang perlindungan hidupan liar di sebuah pameran dan di situ lah dia mendapat tahu bahawa haiwan peliharaannya adalah spesies beruang hitam Asia.

Wang sedar dia telah membesarkan spesies yang dilindungi dan memutuskan untuk menghantar kedua beruangnya ke balai polis di Maguan dengan harapan mereka boleh dipindahkan ke habitat yang sesuai.


Pada 30 Jun lalu, polis menghubungi Pusat Penyelamat Hidupan Liar di Yunnan dan menghantar kedua-dua beruang itu ke sana untuk menerima perlindungan.

"Dua beruang hitam Asia itu mempunyai jantina berbeza, dan kesihatan mereka sangat baik," jelas jurucakap Pusat Penyelamat Hidupan liar.




Sumber: Merdeka.com
Foto: Chinanews.com

2 comments: