Militan Boko Haram melepaskan tembakan secara rambang dan membakar rumah mangsa dalam kejadian di beberapa kampung yang mengakibatkan hampir 150 terkorban. |
MAIDUGURI: Ibadah puasa bagi penduduk beberapa perkampungan di timur laut Nigeria tercemar berikutan tindakan kejam militan Boko Haram melepaskan tembakan ketika umat Islam menunaikan solat selepas berbuka puasa di masjid.
Susulan kejadian Khamis itu, hampir 150 nyawa terkorban membabitkan golongan lelaki yang berada di masjid juga kanak-kanak serta kaum wanita di rumah mereka.
Beberapa saksi juga memberitahu, berpuluh-puluh anggota militan kumpulan itu menyerang dan membakar rumah penduduk di tiga perkampungan terpencil di negeri bergolak Borno.
Kumpulan bersenjata itu juga menembak mati sekurang-kurangnya 97 orang di Kampung Kukawa, lokasi paling teruk diserang dan lima kanak-kanak turut terkorban.

Seorang saksi dikenali sebagai Alhaji Kolo berkata, lebih 50 militan terlibat dalam serangan itu apabila mereka mensasarkan beberapa masjid ketika penduduk sedang menunaikan solat Maghrib sejurus berbuka puasa.
“Mereka melepaskan tembakan secara rambang ke arah jemaah masjid yang kebanyakannya jemaah lelaki dan kanak-kanak.
“Lebih mengerikan apabila mereka membakar hampir semua mayat mangsa,” katanya.
Dalam dua lagi serangan dua kampung berdekatan pekan Manguno, militan Boko Haram yang bergerak menggunakan van dan motosikal membunuh 48 orang dan mencederakan 11 yang lain. – AFP/Mstar

No comments:
Post a Comment