Ikan emas tertua di dunia sambut hari jadi ke 38


SEEKOR ikan emas yang tinggal bersama sebuah keluarga sejak 1970, mencecah usia 38 tahun pada Rabu sekali gus menjadinya haiwan dari spesies itu yang tertua di dunia.

Ikan emas itu diberi nama Splash.

Ia kehilangan temannya yang diberi nama Splish yang mati dua tahun lalu pada usia lebih 30 tahun.

Anak-anak kepada pemilik ikan emas itu, Richard dan Ann Wright yang kini sudah dewasa memenangi Splash di sebuah funfair di Brockworth, Gloucestershire pada 1977.

Mereka membawa pulang Splash menggunakan plastik beg berisi air.
 

Keluarga tersebut menjangkakan ikan emas itu akan mati dalam tempoh beberapa bulan tetapi pelik apabila ia terus bernyawa sehingga hari ini.

"Splash kelihatan ok tetapi saya tiada idea bagaimana haiwan itu masih hidup sampai ke hari ini.

"Kami merasakan ia akan wujud selama-lamanya dan akan tinggal bersama anak-anak kami," kata Wright yang kini berusia 71 tahun.


Anak pasangan suami-isteri itu, Hayley dan Matthew masing-masing berusia enam dan sembilan tahun semasa mereka membawa pulang Splash.

Kini, mereka berusia dalam lingkungan 40-an.

Ikan emas dikatakan hanya mampu hidup dalam tempoh beberapa bulan jika diletakkan dalam keadaan yang tidak sesuai.

Namun, haiwan itu boleh hidup selama 10 tahun atau lebih dengan ikan emas tertua yang diberi nama Tish berusia 43 tahun apabila mati pada 1999.



Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment