Unifi berkelajuan tinggi bermula Ogos di Kelantan


PENDUDUK Kelantan bakal menikmati perkhidmatan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi, UniFi seawal-awalnya Ogos ini, kata Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Kelantan, Ab Rashid Che Othman.

Ab Rashid berkata buat permulaan, pihaknya akan memperkenalkan perkhidmatan itu di daerah Kota Baharu meliputi kawasan bandar, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.

"Kita menjangkakan dalam sehingga Mac tahun depan, 5,000 pelanggan akan mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan itu selepas TM  memasang tiga ibu sawat di Kota Baharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa TM Kelantan Bersama Pelanggan dan Majlis Perasmian Penutupan Program Sejahtera TM di Kota Bharu, malam tadi.

Hadir sama Naib Presiden Jenama dan Komunikasi Kumpulan TM Izlyn Ramli.

Beliau berkata, berikutan itu pihaknya tidak akan menyediakan perkhidmatan Streamyx di kawasan yang telah mempunyai perkhidmatan UniFi.

"Tapi tempat-tempat yang sedia ada Streamyx dan ada pengguna memohon untuk mendapatkan UniFi, kita akan sediakan kepada mereka... kedua-duanya akan ada serentak," katanya.

UniFi adalah perkhidmatan jalur lebar TM yang menggunakan gentian optik untuk menyampaikan Internet berkelajuan tinggi, telefon dan perkhidmatan IPTV ke rumah pelanggan. - Bernama

1 comment:

  1. Alhamdulillah

    untuk yg buat bisnes online macam kawe

    ini memang sangat membantu

    ReplyDelete