Ibu, bayi selamat selepas 5 hari pesawat terhempas

Bangkai pesawat yang terhempas.

QUIBDO - COLOMBIA. Seorang ibu dan bayinya ditemui masih hidup selepas 5 hari terbabit dalam insiden pesawat terhempas di hutan barat Colombia.

Maria Nelly Murillo, 18, bersama anak lelakinya yang berusia 12 bulan ditemui masih hidup oleh penyelamat berhampiran bangkai pesawat ringgan Cessna yang terhempas di wilayah Choco.

Ibu muda berkenaan melecur dan mengalami sedikit kecederaan manakala bayinya berada dalam keadaan baik.

Pesawat dua enjin yang dalam perjalanan dari Quibdo ke sebuah bandar Nuqui di pantai Pasifik terhempas di wilayah Alto Baudo Sabtu lalu.

Punca nahas masih belum diketahui

Pihak penyelamat berjaya sampai di lokasi kejadian pada Isnin dan menemui mayat juruterbang pesawat di bahagian kokpit.

Seramai 14 penyelamat dikerahkan untuk mencari mangsa yang lain dan penyelamat mengambil masa tiga hari sebelum menemui Maria dan bayinya.

Menurut Ketua Tentera Udara Colombia, Kolonel Hector Carrascall, penemuaan wanita dan bayinya yang masih hidup adalah sesuatu yang luar biasa kerana lokasi kejadian adalah di sebuah kawasan hutan yang tebal.

"Ibunya mempunyai semangat juang yang tinggi untuk meneruskan hidup," katanya dipetik BBC.

Kedua-dua beranak itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Quibdo.


Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment