Sarah, wanita cantik yang kerjanya membuang tatu di tubuh pelanggannya


Budaya mentatu atau merajah tubuh semakin popular di kalangan generasi muda Australia. Consumer affairs advocate Choice mengatakan 29 peratus wanita dan 22 peratus lelaki berusia 20an mempunyai tatu. Namun disisi lain, perniagaan membuang tatu juga turut berkembang pesat.

Sarah Chatburn, merupakan jururawat berdaftar dan Pengarah Newcastle Tattoo Removal, mengatakan sebab utama pelanggan melakukan penghapusan tatu adalah kerana hubungan mereka berakhir dan melahirkan anak.

"Mereka ingin sekali menghapuskan tatu nama bekas pasangannya, tapi yang saya perhatikan adalah keinginan itu lebih didorong oleh perubahan gaya hidup dan keutamaan," kata Sarah Chatburn, perempuan cantik berambut panjang ini.

Antara tahun 2010 dan 2015 industri penghapusan tatu tumbuh sebanyak 3.9 peratus mengikut data penyelidikan IBISWorld.

Chatburn mengaku beberapa pelanggannya melihat tatu sebagai ingatan masa lalu mereka yang hendak mereka singkirkan.

"Ramai lelaki yang baru menjadi ayah merasa tidak selesa mempunyai tatu di tubuhnya kerana mereka tidak mahu anak-anak mereka kelak terpengaruh oleh tatu itu," katanya.

Chatburn mengatakan banyak tatu yang dihapusnya adalah tatu dengan motif tribal atau suku yang dipopularkan oleh bos media Lachlan Murdoch ketika dia menunjukkan foto dirinya bersama isterinya, seorang presenter TV Sarah Murdoch, yang juga mempunyai tatu di tubuhnya.

"Ada beberapa pekerjaan yang mewajibkan pekerjanya untuk tidak mempunyai tatu yang boleh dilihat secara langsung seperti di tangan atau di leher, sehingga orang merasa penting untuk menghilangkan tatu dari dua bahagian tubuh tersebut,"

"Yang kami dapati adalah orang menukar pandangan mereka mengenai gaya hidup dan tatu seolah-olah tidak perlu atau sesuai lagi bagi gaya hidup mereka yang baru," kata Chatburn.

Beliau memberi contoh, kes seorang lelaki berusia 45 tahun yang menghapuskan tatu jaring labah-labah yang memenuhi seluruh wajahnya yang sudah dimilikinya selama 31 tahun.

"Ketika membuat tatu itu dia baru berusia 14 tahun dan kini dia berusia 45 tahun. Dia mendapati membuang tatu jaring labah-labah itu dari wajahnya telah menghadirkan perubahan dalam hidupnya," tutur Chatburn.

Untuk menghapuskan tatu jaring labah-labah dari wajahnya, lelaki tersebut perlu mengeluarkan wang dari koceknya sebanyak $ 1,000 yang dilakukan dalam 3 kali sesi sepanjang 15 minit.

Pada masa lalu, proses membuang tatu perlu dilakukan lebih dari 10 kali pengendalian, tapi dengan teknologi terkini ia boleh dikurangkan hanya dalam sesi pendek selama 10 minit.

"Selama lebih dari 10 tahun terakhir, teknologi laser untuk membuang tatu telah meningkat mendadak," katanya.

Sinar laser digunakan untuk memecah tinta menjadi zarah kecil dan tubuh akan menghilangkan atau mengeluarkan tinta itu melalui lymphatic system.

"Menghilangkan tatu yang terletak di anggota bawah dan tangan lebih sukar daripada menghilangkan tatu di wajah dan leher kerana ia lebih dekat dengan jantung dan boleh dipam ke luar dengan lebih cepat," Chatburn menjelaskan.



Sumber: Tribunnews.com

No comments:

Post a Comment