Layang-Layang Gergasi 700kg Terhempas, Empat Cedera

Layang-layang gergasi terhempas di festival layang-layang di Higashiomi, Jepun pada Ahad. Foto The Japan Times

TOKYO: Sebuah layang-layang gergasi seberat kira-kira 700 kilogram terhempas di kawasan yang dipenuhi orang ramai di Jepun pada Ahad mengakibatkan empat orang cedera, kata pegawai pada Isnin.

Layang-layang yang menggunakan rangka diperbuat daripada buluh itu berukuran 13 meter panjang dan 12 meter lebar seberat 700kg dilayangkan oleh sekumpulan orang ramai di sebuah taman di Higashiomi, tengah Jepun sempena acara tahunan festival "Layang-Layang Besar" pada Ahad.

Layang-layang itu secara tiba-tiba jatuh terhempas ketika ia dilayangkan pada ketinggian kira-kira 200 meter, kata pegawai bandar Higashiomi.

Pegawai berkata, insiden itu menyebabkan seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun cedera parah yang berada dalam keadaan kritikal di hospital pada Isnin.

Tiga lagi termasuk seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun mengalami kecederaan. - AFP



Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment