Pinggan khas buat penggemar ambil gambar makanan

 
BAGI mereka yang gemar mengambil gambar makanan, kini tidak perlu risau untuk mencari sudut terbaik untuk mendapatkan hasil gambar cantik kerana pinggan khas untuk membantu memudahkan tabiat anda telah dicipta.

Sebuah restoran di Tel Aviv telah mengambil inisiatif untuk menghidangkan makanan di restoran mereka di atas pinggan khas yang direka supaya pelanggannya boleh mengambil gambar makanan tersebut terlebih dahulu.

Salah seorang pengasas restoran Restoran Catit and Carmel Winery,  Chef Meir Adoni Catit telah melancarkan sebuah projek, Foodography dengan kerjasama pereka seramik, Adi Nissani mencipta pinggan khas yang membolehkan pelanggan meletakkan telefon pintar mereka di posisi yang betul untuk mengambil gambar makanan.

Memetik laporan Haaretz, pelbagai rekaan dikeluarkan seperti pingggan berbentuk L dengan satu tempat khas di bahagian depan di mana pelanggan boleh meletakkan telefon pintar mereka untuk memudahkan proses mengambil gambar.



Sumber: Sinar Harian

2 comments:

  1. Nampak sangat bukan kita aje yg buat macam tu di sana pun sama kan:)

    ReplyDelete