420 biji batu berjaya dibuang dari buah pinggang seorang lelaki


CHINA: Seorang lelaki yang merupakan penggemar tofu terkejut besar selepas doktor berjaya membuang 420 biji batu karang setelah buah pinggangnya dibedah.

Lelaki berkenaan, He, 55, berkata, batu karang tersebut terbentuk kerana tabiat makannya yang suka memakan tofu tetapi tidak minum banyak air kerana tofu mempunyai kandungan kalsium yang tinggi.

Dia hanya menyedari penyakitnya itu selepas mendapatkan rawatan doktor kerana mengalamo sakit di bahagian bawah perut.

Selepas menjalani pemeriksaan X-ray doktor terkejut kerana mendapati buah pinggangnya mengandungi begitu banyak batu.

Pembedahan akhirnya dijalankan selepas He tidak dapat minum air kerana saluran buah pinggangnya sudah tersumbat dan perlu digantikan dengan buah pinggang baru.

Menurut doktor yang merawatnya, Dr. Wei, ini adalah kejadian pertama dalam hidupnya menyaksikan begitu banyak batu di dalam buah pinggang di mana pembedahan untuk membuang ketulan-ketulan batu itu mengambil masa sehingga 2 jam.

“Ketika pembedahan hampir berakhir, barulah saya sedar betapa lengan dan kaki saya kebas kerana terpaksa mengutip 420 batu yang pelbagai saiz dan warna,’ katanya.

Dr. Wei memberitahu bahawa kebanyakan tofu yang dijual di Dongyang mengandungi kandungan kalsium yang amat tinggi dan kurang minum air selepas memakan tofu tersebut menjadi salah satu faktor kepada pembentukan batu karang.


Kredit: SiakapKeli

No comments:

Post a Comment