Iklan yang dipasang John |
Seorang pesara lelaki berusia 69 tahun dari Bristol, United Kingdom, mencari seorang wanita untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Lelaki ini bersedia membayar upah di atas harga pasaran asalkan wanita tersebut bersedia bekerja di rumahnya tanpa mengenakan pakaian.
Lelaki yang bernama John ini memasang iklan untuk mencari pembantu rumah tersebut di sebuah kedai surat khabar tempatan. wanita itu nantinya hanya bekerja mencuci pinggan, menyapu rumah, dan mengemas seluruh rumah sambil telanjang.
Bagi mereka yang bersedia, John akan memberi upah 20 poundsterling per jam. John yang menceraikan isterinya 24 tahun lalu itu merasa tak ada yang salah dengan keinginan itu.
"Saya tak melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. Saya tak menyakiti siapa pun. Saya hanya suka melihat perempuan telanjang," ujar John.
John berkata, idea untuk mencari pembantu telanjang muncul selepas sebuah perbincangan dengan seorang kawannya di London beberapa waktu lalu. Selepas pulang ke Bristol lalu dia merancang memasang iklan di kedai surat khabar tempatan. Pada awalnya, dia ragu-ragu sama ada dia dibenarkan memasang iklan seperti itu.
"Ternyata, pemilik kedai mengizinkannya. Dalam seminggu, saya mendapat 11 jawapan. Saya lalu menelefon mereka dan menapis sehingga tinggal empat orang sebelum bertemu dan menemuramah mereka," kata John.
Akhirnya, John memilih seorang wanita berusia 35 tahun dan wanita itu bekerja untuk John selama 18 bulan. Namun, wanita itu berhenti kerja setelah suaminya perlu meninggalkan Bristol kerana mendapat pekerjaan baru.
John lalu mencari penggantinya dan mendapat pembantu baru, kali ini seorang guru. Namun, guru itu tak lama bekerja di kediamannya kerana mendengar kes seorang guru yang dipecat kerana bekerja sampingan di industri seks.
"Ternyata, bukan wang yang menjadi pertimbangan para wanita itu. Mereka seolah-olah mencari pengembaraan dan keseronokan untuk kedua-dua pihak. Saya ingin mereka melakukan ini bukan semata kerana wang," ujar John.
Setakat ini, John berkata tidak akan menghentikan hobinya mencari pembantu telanjang.
"Saya memang suka melihat perempuan telanjang, itu saya akui. Namun, saya tak melakukan perkara haram. Saya tak memaksa mereka melakukan sesuatu," kata John.
"Dua pembantu saya yang pertama masih menghubungi saya sekadar bertanya khabar. Jika ada yang mencari pembantu rumah, saya akan mengesyorkan mereka," kata John.
Sumber: Kompas.com

:) singgah morning
ReplyDelete