Jenner Dedah Nama Wanitanya Caitlyn, Pecahkan Rekod Twitter


LOS ANGELES: Bekas atlet Olimpik dan bintang realiti TV Bruce Jenner yang kini beralih kepada kehidupan sebagai seorang wanita mendedahkan nama baharu sebagai Caitlyn Jenner pada Isnin dan tampil di muka depan majalah Vanity Fair.

Dalam satu video di laman web majalah itu menunjukkan tajuk utama berjudul "Call me Caitlyn sebagai mewakili satu fasa peralihan hidup baharunya.

"Bruce sentiasa bercakap melalui satu pembohongan," kata Jenner. "Caitlyn tidak mempunyai apa-apa rahsia. Sebaik sahaja majalah Vanity Fair ini diedarkan, saya bebas sebagai seorang wanita."

Jenner turut membuka akaun Twitter baharu pada Isnin sebagai @Caitlyn_Jenner, berkata "Saya amat gembira selepas berjuang untuk kehidupan sebenar ini. Selamat datang ke dunia baharu."

Akaun itu juga menjadi akaun twitter paling cepat mencapai 1 juta pengikut dalam empat jam tiga minit menurut Guinness World Records, menewaskan akaun @POTUS yang dilancarkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mencecah 1 juta pengikut dalam masa lima jam bulan lepas.

Vanity Fair melancarkan hashtag #CallMeCaitlyn, bagi menyebarkan gelombang mesej positif mengenai Jenner.

Kim Kardashian, yang merupakan anak tirinya, menyuarakan rasa kagum menerusi gambar Vanity Fair dengan menulis "Alangkah indahnya! Berbahagialah, berbangga hidup dengan cara ANDA!

Artikel 22 muka surat itu turut mendedahkan bahawa Jenner telah menjalani 10 jam pembedahan muka pada bulan Mac, tetapi belum lagi membuat pembedahan jantina.

Jenner, 65, menjadi warga Amerika yang berprofil tinggi sebagai transgender dengan membuat pengumuman tersebut menerusi wawancara dengan ABC Diane Sawyer pada bulan April lalu. Reuters



Sumber: mstar.com.my

1 comment: