Gempar! Kambing jantan di Arab Saudi hasilkan susu

Foto: Emirates 24/7

RIYADH - Seekor kambing jantan menghebohkan masyarakat Arab Saudi. Sebabbnya, kambing jantan tersebut boleh menghasilkan susu.

Si pemilik, Zaid al Shammari memberitahu, kambing jantannya boleh menghasilkan susu selepas sakit.

"Saya memeriksa perutnya dan saya mendapati dia mempunyai puting susu seperti kambing betina," ujar Shammari, seperti dipetik Emirates 24/7, Selasa (7/1/2014).

"Saya tidak pernah melihat hal ini sebelum ini," lanjut lelaki asal bandar Al Jouf itu.

Berita tentang kambing jantan yang boleh menghasilkan susu langsung tersebar. Shammari mengaku ada beberapa orang yang mahu membeli peliharaanya dengan harga mahal namun dia menolaknya.

Sumber: international.okezone.com

4 comments: