Khasiat Kangkung

 
Dikatakan harga kangkung telah turun seperti yang dinyatakan oleh PM kita, disini dipaparkan sedikit maklumat tentang khasiat kangkung supaya dapat dimanafaatkan oleh kita semua.

Kangkung termasuk tanaman sayuran yang paling popular dikalangan masyarakat. Harganya yang murah, mudah tumbuh, cepat tuai, mudah cara mendapatkannya serta mudah diolah mungkin adalah alasan utamanya. Oleh kerana itulah, alangkah lebih baik jika kita juga mengetahui manfaat sayur kangkung ini untuk kesihatan.

Kangkung yang namanya latinnya Ipomoea Aqatica ternyata pada awalnya berasal dari India, kemudian merebak ke Malaysia, Myanmar, Indonesia, China Selatan, Australia, dan Afrika. Di China, Kangkung dikenali dengan nama Weng Cai. Di Eropah, Kangkung disebut Swamp Cabbage, Water Convovulus, atau Water Spinach. Di Indonesia sendiri, kangkung boleh didapati di hampir seluruh daerah.

Tanaman Kangkung masuk ke dalam suku Convolvulaceae atau keluarga kangkung. Kangkung merupakan tanaman yang tumbuh cepat dan sudah memberikan hasil hanya dalam masa 4 hingga 6 minggu. Dalam satu musim saja, kangkung boleh tumbuh dengan panjang 30 hingga 50 cm. Kangkung terdiri atas dua jenis, iaitu Kangkung Darat yang disebut Kangkung China, dan Kangkung Air yang tumbuh secara semulajadi di sawah, paya, atau parit. Kalau menurut saya, kangkung yang tumbuh diair adalah kangkung yang paling sedap. Namun ini bergantung selera, dan bagaimana cara memupuk saja. Pada dasarnya kandungan pemakanan antara kangkung penanaman air sama penanaman darat adalah sama.

Berikut adalah khasiat pemakanan dan manfaat kesihatan sayur kangkung:

Kangkung adalah salah satu sayur-sayuran sihat yang banyak sekali manfaatnya. Kangkung mengandungi zat seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, protein, kalsium, fosforus, zat besi, karotena, hentriakontan, dan sitosterol. Berdasarkan penelitian, Kangkung juga menghasilkan petunjuk manfaat untuk merawat pelbagai macam gangguan kesihatan yang bersifat antiracun.

Herminia de Guzman Ladion adalah pakar kesihatan dari Filipina, dan beliau kangkung ke dalam kumpulan tanaman "penyembuh ajaib". Kangkung dianggap sebagai cara "pengusir racun" dari tubuh. Di negara itu, tanaman ini dipakai untuk menyembuhkan sembelit dan ubat bagi mereka yang sedang melakukan diet. Akar kangkung, terutama kangkung darat, juga berguna untuk mengubati penyakit buasir.

Pada laman Healtstore Kangkung disebutkan mempunyai khasiat sebagai ubat tradisional antipenuaan, antilupus dan antiparkinson. Kangkung yang bersifat antiracun, juga boleh untuk merawat antiradang, peluruh kencing dan juga dapat menghentikan pendarahan.

Kangkung juga termasuk sebagai sayuran tinggi serat, sehingga kangkung boleh digunakan mencegah sembelit. Kerana sifatnya yang antiracun, kangkung juga Juga boleh mengatasi keracunan akibat makanan, mimisan serta sariawan. Daun dan akar kangkung boleh mengurangkan sakit bisul dan ubat untuk rawatan tradisional buasir. Di negeri Thailand, Kangkung digunakan sebagai bahan tradisional untuk rawatan kulit. Air rendaman kangkung juga digunakan untuk membasmi kelemumur.

Kangkung Kaya dengan zat besi.

Zat besi sangat penting untuk tubuh kita, peranannya dalam membentuk sel darah merah adalah penting. Lemas, pusing dan pandangan kabur adalah ciri awal anemia kerana kekurangan zat besi. Pada kangkung terdapat 2.5 mg/100g zat besi, sehingga sangat baik untuk mengatasi anemia / kurang darah.

Mengurangkan haid berlebihan.

Jika anda mengalami haid berlebihan, boleh memanfaatkan kangkung untuk mengatasinya. Caranya : Ambil setengah kilogram daun Kangkung segar. Cuci bersih, lalu tumbuk halus. Tuangkan air setengah gelas, saring dan tuangkan satu sudu makan madu. Minum sekali sehari sekaligus. Haid akan jadi baik dan lancar. Jika suka terlambat haid, baca disini ubatnya.

Mencegah penyakit kencing manis.

Ekstrak Kangkung sudah diuji di makmal, dan hasilnya ternyata Ekstrak Kangkung berguna sebagai ubat anti diabetes. Hal ini kerana Ekstrak Kankung akan menghalang penyerapan kadar gula dalam darah. Perbanyaklah mengambil Kangkung, bila anda mengidap penyakit kencing manis. Ubat tradisional kencing manis lain adalah undur - undur.

Kangkung Kaya vitamin C

Kangkung juga banyak mengandung vitamin C. Secara umum, kandungan vitamin C pada Kangkung lebih banyak berbanding kebanyakan sumber vitamin C pada buah - buahan. Oleh kerana itu, kangkung baik untuk mencegah sariawan / gusi berdarah, meningkatkan sistem kekebalan tubuh sehingga tak mudah terkena serangan penyakit akibat virus, misalnya flu. Baca Juga : Manfaat Vitamin C
Kangkung juga kaya vitamin B kompleks, sehingga boleh menenangkan otak.

Kadar vitamin B Komplek dan Omega 3 pada Kangkung, ternyata juga cukup banyak. Keduanya merupakan peningkat pengeluaran Serotin dalam otak kita, sehingga boleh mencipta suasana tenang melalui otak.Oleh kerana itu, kangkung boleh dikatakan boleh menyegarkan kembali otak kita.

Membuat tidur lebih nyenyak dan mencegah insomnia

Kangkung, mempunyai sifat sedatif, sehingga sering dikatakan sebagai penyebab ngantuk. Kangkung Juga berpotensi boleh mengendurkan saraf. Hal kerana adanya mineral seng dan selenium yang terkandung di dalamnya. Sehingga bila mengambil kangkung, saraf jadi kendur. Semakin kendur saraf - saraf kita, maka tidur pun akan semakin nyenyak dan lena. Mungkin sebaiknya jangan berlebihan mengambil kangkung jika bekerja dipejabat. Kebaikannya adalah, kangkung dapat membantu mengatasi masalah tidur/insomnia dan membantu untuk dapat tidur lebih nyenyak.

Menajamkan penglihatan.

Kangkung kaya akan vitamin A, sehingga Kangkung boleh menjaga kestabilan penglihatan mata. Vitamin A yang terdapat pada kangkung sebanyak 6300 IU, sedikit lebih banyak berbanding bayam yang hanya 6100 IU. Hal tersebut dapat dilihat dari warna daunnya, semakin hijau daunnya maka kandungan betakarotin juga semakin tinggi. Itulah sebabnya Kangkung dipercayai boleh menambah menajamkan pengklihatan mata.

Melancarkan air seni (Diuretic).

Ambilah akar Kangkung secukupnya. Direbus dengan 2 gelas air hingga tersisa 1 gelas. Minum air rebusannya sekaligus 1 kali sehari. Nescaya air seni akan lancar.

Menghilangkan kelemumur.

Ambillah seikat daun Kangkung. Rendam daun ini semalaman hingga airnya berwarna kebiruan. Lalu, mencuci dengan air rendaman. Lakukan setiap hari, nescaya kelemumur akan hilang.

Menghilangkan sembelit ibu hamil.

Bagi para ibu sedang hamil, biasanya merasa mual dan menderita sembelit. Maka ambillah seikat daun Kangkung. Ditumis biasa saja dan dimakan. Kandungan serat yang tinggi pada kangkung akan menghilangkan rasa mual dan sembelit pada ibu hamil.

Nah itulah pelbagai manfaat dan khasiat sayuran kangkung bagi kesihatan. Jika ada yang bilang kangkung berbahaya bagi kesihatan, maka jangan percaya kerana belum ada kajian yang mengatakan jika kangkung mengandungi zat berahaya.

Diterjemahkan dari sumber: tipscaraterbaik.com


Sumber: http://www.tranungkite.net

No comments:

Post a Comment