Lelaki tuduh Jin sebabkan kebakaran


Arab Saudi: Seorang lelaki tempatan mendakwa 21 kebakaran di rumahnya disebabkan gangguan jin.

Dia turut mendakwa mendengar suara aneh ketika kejadian.

Ibrahim Al Asiri berkata, 10 dari kejadian berkenaan membabitkan kebakaran besar dan dipadamkan oleh pihak pertahanan awam manakala dia berjaya mengawal kebakaran yang selebihnya.

“Masalahnya, apabila saya memadamkan kebakaran berkenaan, api semakin marak dan saya turut mendengar suara aneh di sebalik pintu rumah saya,” kata Ibrahim.


Mengikut perkiraanya, dia mengalami 21 kebakaran di rumahnya di Asir, wilayah selatan Saudi sejak tiga tahun lalu. - Agensi

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment