Banduan lari serah diri kerana tak tahan sejuk


KENTUCKY - Seorang banduan bernama Robert Vick ( 42 ) asal bandar Hartford berjaya lari dari penjara di Lexington pada ahad ( 5/1/2013 ) .

Namun , pelarian Vick tak berlangsung lama . Bukan kerana polis berjaya menangkapnya kembali tetapi kerana suhu sejuk yang menggagalkan pelarian lelaki ini .

Saat suhu udara terus menjunam hingga mendekati titik beku pada Isnin ( 7/1/2013 ) , Vick kemudian memutuskan memasuki sebuah motel , bukan untuk menginap , melainkan meminta pegawai motel itu untuk menghubungi polis .

Selepas telefon bersambung ke pejabat polis Lexington , Vick berkata kepada pegawai bahawa dia ingin menyerahkan diri kembali demi terhindar dari terjangan udara sejuk . Demikian penjelasan jurucakap polis Lexington , Sharelle Roberts .

Sharelle berkata , polis dan pegawai perubatan kemudian mendatangi motel tempat Vick menelefon . Setelah mendapatkan pemeriksaan perubatan , Vick kemudian dibawa kembali ke Blackburn Correction Complex .

Jurucakap Jabatan Lembaga Pemasyarakatan , Lisa Lamb , berkata , Vick saat lari hanya memakai seluar panjang khas penjara , selembar kaus , dan jaket tipis . Tak hairan jika Vick kemudian kesejukan  dalam pelariannya .

Sumber: kompas.com

No comments:

Post a Comment