Orang Kelantan ramai kena sihir

Sebahagian perawat Darussyifa’ Kelantan hadir semasa sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri diadakan di Pasir Tumboh, semalam.

KOTA BHARU - Darussyifa’ Kelantan mengakui ramai kalangan masyarakat di negeri ini mengalami sihir dan saka berdasarkan rekod perubatan dan perawatan yang dijalankan sejak penubuhannya pada 2009 lalu.

Pengerusinya, Zaki Ya berkata, selain itu, ramai pesakitnya juga didapati menghadapi penyakit-penyakit lain termasuk barah, migrain, gaut, darah tinggi, kencing manis dan jantung.

“Sekarang kesedaran mendapatkan rawatan alternatif iaitu perubatan secara Islam sudah ada dalam kalangan masyarakyat kita.

“Berbanding dahulu, ramai yang mengalami kesakitan ini, namun mereka menahannya kerana tidak tahu cara untuk merawatnya dan hanya bergantung kepada perubatan tradisional (bomoh) semata-mata, namun dengan adanya Darussyifa’, pelbagai penyakit Insya-ALLAH dapat disembuhkan,” katanya kepada Sinar Harian semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kali Ketiga di Pasir Tumboh, semalam.

Beliau berkata, perkara tersebut dikenal pasti apabila boleh dikatakan setiap hari ada pesakit baru yang menghubunginya untuk mengetahui lokasi klinik-kilnik Darussyifa’ di negeri ini.

Kata Zaki lagi, atas permintaan tersebut, pihaknya kini merancang untuk menambah masa rawatan yang mana sebelum ini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, 5 petang hingga 7 petang dan akan ditambah kepada masa 2 petang hingga 4 petang, selain pada sebelah waktu malam.

“Perancangan ini akan dilaksanakan selepas 160 perawat baru mendapatkan sijil (konvokesyen) pada Disember ini dan sekarang ini, kita mempunyai 75 perawat aktif daripada jumlah 282 perawat di seluruh Kelantan,“katanya.

Sinar Harian

3 comments:

  1. Bagus juga kalau buat cawangan. Tapi yg kakak hairan macam manalah sihir semakin menjadi-jadi... tak takut dosa ke?

    ReplyDelete
  2. skrang ni org asyik nak sihir je..

    ReplyDelete