Ciuman terakhir pasangan angsa sebelum disembelih

Gambar ini diambil seorang petani menunjukkan dua ekor angsa yang dibesarkan bersama-sama seolah mengucapkan selamat tinggal sebelum keduanya disembelih.


Seekor  angsa jantan mencium si betina yang berada di dalam keranjang yang diikat di kerusi sebuah motosikal. Angsa betina tersebut akan disembelih untuk dimakan dalam perayaan Tahun Baru Cina.


Memetik laporan Merdeka.com, detik-detik mengharukan itu dirakam di sebuah kampung berhampiran kota Shenzhen, Provinsi Guangdong, China.

Li Kuan, 28, yang mengambil gambar itu kemudiannya memuat naik di media sosial yang kemudian menjadi perbincangan hangat di dunia maya.

Li berkata kepada media tempatan bahawa kedua-dua angsa itu akhirnya disembelih untuk dimakan dalam perayaan tahun baru.

Si angsa betina dihantar kepada salah seorang keluarga Li Kuan sebagai hadiah tahun baru. Sementara itu, si angsa jantan, yang pada mulanya dianggap sebagai haiwan kesayangan, akhirnya disembelih juga.

Li Kuan menambah, kedua-dua angsa itu membesar bersama dan tak pernah berpisah hingga saat-saat akhir kedua-duanya sebelum menjadi santapan tahun baru.

2 comments:

  1. Binatang pun pandai menghargai erti persahabatan
    Sedih pulak kakak tengok:(

    ReplyDelete
  2. dah tau sedih dan megharukan tu patut org yg amik gamba tu tahan le motor tu x yah kasi sembelih cari le angsa lain huhuhuhuh byk lagi angsa kt luar sana tuu apa daaaa

    ReplyDelete