Seorang lelaki menangis meraung-raung, berguling-guling tanpa pakaian di jalan raya setelah lamarannya ditolak sang kekasih. Foto: Live Leak/Mirror
Dalam sebuah video yang berlaku di China, kelihatan seorang lelaki berguling-guling dalam keadaan bogel di jalan raya.
Lelaki tersebut bertindak sedemikian setelah lamaran yang dilakukan di hadapan orang ramai tepat di hari Valentine ditolak gadis pujaan hatinya.
Lelaki ini awalnya membuka semua pakaiannya sambil melemparkan lembaran bunga mawar untuk menarik perhatian. Lelaki itu tiba-tiba meraung dan berguling-guling di jalan raya.
Di belakang lelaki itu, sebuah trak besar berwarna kuning tak henti-henti membunyikan hon kerana lelaki itu menghalang jalannya.
Sementara, orang ramai mula berkerumun di sekitar lelaki yang tengah berduka tersebut.
Rakaman video yang dimuat naik ke laman LiveLeak.com itu sudah ditonton kira-kira 22,400 orang sejak isnin (15/2/2016).
Sumber: Tribunnews.com
Kalau yg aneh-aneh ni kakak dah agak mesti kisah dari China
ReplyDeleteBetul pun.