Nasa tanam ubi kentang di Marikh?

 Peru adalah sebuah negara dengan kepelbagaian kentang terbesar dunia. - Foto AFP

LIMA - PERU. Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) sedang menjalankan eksperimen perintis bersama Pusat Ubi Kentang Antarabangsa Peru (CIP) bagi menentukan sama ada tanaman itu boleh tumbuh di Marikh.


Sebanyak 4,500 jenis kentang didaftarkan di bawah CIP akan menjalani ujian ketat, di mana kesemua yang dipilih adalah berasal daripada pelbagai zon ekologi berbeza dan mampu bertahan dengan perubahan iklim secara tiba-tiba.

Astrobiologist Nasa, Julio Valdivia Silva berkata, ubi kentang yang lulus ujian itu perlu memenuhi kriteria akhir iaitu bukan sahaja mampu tumbuh dengan baik di planet tersebut tetapi boleh dihasilkan semula dalam kuantiti besar.

"Kami hampir 100 peratus pasti bahawa banyak kentang yang dipilih akan lulus ujian disediakan," katanya.

Difahamkan, penyelidikan berkenaan diharap dapat membantu masalah kekurangan makanan, mengurangkan kadar kemiskinan serta mencapai keselamatan makanan pada masa akan datang.  - AFP/Sinar Harian

No comments:

Post a Comment