Seorang wanita menjual rumahnya kerana sering diganggu setan kambing


 Seorang wanita, Vanessa Mitchell, 43, dari St Osyth, Essex, England terpaksa menjual rumah yang didiami selama 11 tahun kerana sering diganggu oleh syaitan kambing.


Vanessa pertama kali menduduki rumah berhantu ini pada tahun 2004. Pada mulanya, dia tidak mengetahui sejarah rumah itu. Setelah beberapa waktu tinggal di sana Vanessa sering mengalami pengalaman aneh dan menakutkan. Dia akhirnya mendapat tahu bahawa rumah tersebut adalah bekas penjara yang dikenali sebagai Cage. Mengikut cerita, pada abad pertengahan ada 8 wanita yang dipenjara dan akhirnya dihukum mati di rumah ini. Mereka dihukum mati kerana dianggap telah mengamalkan ilmu sihir dan ilmu hitam. Inilah yang menyebabkan Cage menjadi salah satu rumah berhantu.

Walaupun sering diganggu oleh makhluk halus yang ada di rumahnya, Vanessa tidak mempedulikannya hingga mampu bertahan di sana selama 11 tahun.

Namun, beberapa waktu yang lalu, dia ditakutkan oleh penampakan hantu yang dipercayainya sebagai syaitan kambing. dia mendakwa bahawa itu adalah amaran terakhir untuknya agar berpindah dari rumah tersebut.

Vanessa berkata...

"Saya sudah tinggal di sini selama 11 tahun. Pemilik sebelumnya tinggal di sini selama 4 tahun. Saya tidak mengetahui rumah ini adalah rumah berhantu. Pemilik sebelumnya tak pernah memberitahu perkara itu. Tapi, setelah tinggal di sini, saya merasakan ada banyak hal yang menakutkan. Saya menjual Cage setelah melihat ada penampakan syaitan kambing di gambar dan rakaman CCTV. saya yakin rumah ini benar-benar telah dikutuk. Ada banyak hantu di sini. Saya melihat lembaga hitam besar dan menakutkan berdiri di antara saya dan katil anak. Saya rasa, ini adalah peringatan terakhir supaya pergi dari sini. saya yakin, rumah ini telah dihuni oleh makhluk yang jahat dan menakutkan."

"Saya tertarik dengan rumah ini kerana ia terletak di desa yang cantik. Rumah ini juga kelihatan tenang dan begitu sejuk. Saya mengira rumah ini akan membuatkan saya hidup selesa tapi  perkiraan saya salah. Saya harap, masih ada orang yang mahu membeli rumah ini." Tambah Vanessa.

Inilah penampakan syaitan kambing yang sering mengganggu Vanessa

 Foto: metro.co.uk

No comments:

Post a Comment