BEBERAPA buah rumah dan kenderaan awam rosak apabila seekor gajah liar mengamuk di bandar Barat Bengal, India.
Gajah yang sesat itu mula merosakan rumah-rumah penduduk sebelum memasuki bandar berkenaan dalam keadaan cedera.
Suasana itu turut menimbulkan kekecohan di beberapa buah kampung dan bandar berkenaan.
Orang ramai yang mengekori gajah berkenaan turut merakam gambar sehingga haiwan itu 'naik minyak' ketika berada di dalam bandar.
Pihak berkuasa yang tiba berjaya melemahkan gajah tersebut menggunakan peluru pelali sebelum ia dipindahkan.
No comments:
Post a Comment