Missy, kucing yang ditangisi ramai orang ketika mati

 Foto: telegraph.co.uk

 Missy merupakan seekor kucing yang tinggal di Havant, Hampshire, England. Kucing berwarna coklat milik Richard McCornick telah menjadi terkenal di dunia maya.


Apakah yang membuatkan Missy menjadi terkenal? Begini kisahnya...

Pada Jumaat, 29 Januari 2016, Missy ditemui dalam keadaan cedera  di belakang rumah pemiliknya. Ia mengalami patah tulang di rahang, mengalami retak di tengkorak dan semua giginya hilang. Apabila mendapati Missy mengalami kecederaan, Richard telah membawanya ke doktor haiwan tempatan. Malangnya nyawa Missy tak dapat diselamatkan. Missy disyaki telah dibelasah oleh seseorang yang sampai saat ini belum diketahui identitinya.

Selama ini, Missy dikenali sebagai kucing yang ramah dan comel. Selama 9 tahun lebih, hobi Missy adalah melepak di perhentian bas. Ia akan menunggu para penumpang turun dari bas dan akan menyambut mereka dengan ramah.

Anak perempuan Richard, Karen mengatakan

"Missy memang suka berada di luar rumah. Ia akan menghabiskan waktunya untuk duduk di perhentian bas menyambut orang ramai. Saya yakin, mereka akan mengusap lembut tubuh Missy. Ia juga disukai oleh semua orang kerana ia sangat ramah. Sayang, ia telah pergi dalam keadaan yang menyedihkan. Dan selepas kehilangannya, kami merasa sangat sedih. "

Sementara itu, kata Richard, "Missy sangat menyukai perhatian dari orang-orang di sekitarnya. Ia sangat ramah dan tidak akan mencederakan sesiapapun yang ada berhampirannya. Ia gembira berada di perhentian bas. saya yakin orang ramai juga menyukainya. Setelah pemergiannya, ramai orang meletakkan karangan bunga di hentian bas. Ini membuatku terharu dan merasa bahagia memilikinya."

Atas pemergian Missy, ramai orang menunjukkan simpati kepadanya dengan meletakkan karangan bunga di perhentian bas di mana Missy selalu melepak. bukan hanya karangan bunga, ada beberapa ucapan selamat tinggal dan doa untuk Missy.

Salah satu ucapan berbunyi, "Aku sangat berterima kasih padamu. Kau selalu membuat moodku menjadi lebih baik setiap kali aku turun dari bas. Terima kasih kerana telah membuatku tersenyum setiap harinya. Selamat tinggal. Aku akan merindukanmu."

Seorang pengasas laman web Just Giving bernama Craig Cockram, kini sedang mengajak netizen untuk mengumpul dana sosial sebagai kos pembuatan plak khas untuk mengenang kucing tersebut.





No comments:

Post a Comment