Foto: Daily Mail
Sebuah perlawanan bola sepak di Cordoba, Argentina, kelmarin berakhir tragis apabila seorang pemain menembak mati pengadil selepas dia dilayang kad merah kerana melakukan kesalahan.
Daily Mail melaporkan, Selasa (16/2), polis kini masih memburu pemain bola sepak itu. Dia juga menembak seorang pemain lain berusia 25 tahun di bahagian dada tetapi mangsa terselamat.
Menurut polis, pemain bola itu mengambil senjata di dalam begnya kemudian berlari ke padang ketika perlawanan masih berlangsung.
Dia lalu menembak pengadil tiga kali, di bahagian kepala, dada, dan leher. Polis berkata kejadian itu berlaku ketika pertandingan baru berjalan 20 minit antara kelab bola sepak tempatan.
Pengadil yang maut itu bernama Cesar Flores, 48 tahun. Pemain yang cedera parah ditembak adalah Walter Zarate. Dia dikejarkan ke hospital dan berjaya diselamatkan.
Sumber: Merdeka.com
gila
ReplyDelete