Seorang lelaki mengaku hamil setelah berhubungan seks dengan lelaki

 Gambar hiasan. lelaki hamil dalam filem Junior

Seorang lelaki 52 tahun di Kozhikode, India, mendakwa dirinya hamil setelah berhubungan seks dengan lelaki sesama gay.

Lelaki tersebut kemudiannya dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri oleh keluarganya.


Daily Mail melaporkan, Jumaat (12/2), selama enam bulan terakhir lelaki itu kerap mengeluh tentang perutnya. Dia mengatakan seperti ada yang bergerak di dalam perutnya dan mengatakan dirinya hamil.

Lelaki yang telah mempunyai dua orang anak itu meminta rehat dan menolak kerja berat selama enam bulan ini. Dia juga enggan makan, mual, dan akan sakit perut pada waktu pagi.

Ketika dibawa ke klinik dia mengaku pernah berhubungan seksual dengan lelaki homoseksual.

Setelah diperiksa, doktor menyatakan dia tidak hamil. Dia disahkan mengalami delusi.

"Kami belum pernah menemui kes seperti ini," kata doktor P N Suresh Kumar kepada akhbar the Times of India.

"Dia seorang homoseksual yang cukup aktif di masa remaja dan itu membuatkan dia yakin dia boleh hamil," kata doktor.

Pasukan doktor juga tidak menemui bukti dia mengalami halusinasi, kemurungan, atau kelainan identiti jantina.

Doktor kemudian memberinya ubat untuk menghilangkan delusi. Setelah beberapa kali berunding dia akhirnya berhenti berhubungan seks dengan lelaki.

"Pesakit itu kini sudah dalam tahap pemulihan selepas rutin diperiksa," ujar doktor Kumar.



Sumber: Merdeka.com

No comments:

Post a Comment