Ikan Pelik Separuh Buaya Dan Separuh Ikan Lumba-Lumba Ditemui Terdampar


NEW SOUTH WALES: Seekor ikan pelik yang badannya menyerupai badan buaya dan berkepala seperti ikan lumba-lumba telah ditemui terdampar di tebing Tasik Macquarie, Australia.

Seorang lelaki yang merkam gambar ikan pelik berkenaan, Ethan Tipper, telah memuat naik dilaman sosial namun tiada siapa yang dapat meneka spesis ikan tersebut.


Ikan tersebut mempunyai badan panjang dengan ekor seperti buaya tanpa kaki manakala kepalanya berbentuk seperti ikan lumba-lumba dan mulut yang dipenuhi gigi tajam.


Sementara itu, pengumpul ikan sebuah muzium di Australia, Mark McGraouter berkata, ikan tersebut kemungkinan adalah jenis belut yang berasal dari laut dalam di pantai timur Australia.

"Ini adalah pertama kali dia melihat spesis ikan seperti itu dan mengesyaki ia ditangkap oleh nelayan," katanya.

Spesis belut tersebut yang mengelupur apabila ditangkap sehingga merosakkan jaring nelayan boleh membesar sehingga 1.8 meter panjang. -


Sumber: Siakapkeli.my

No comments:

Post a Comment