Lembaran al-Quran zaman Rasulullah ditemui


SWITZERLAND - ZURICH. Tujuh lembaran al-Quran yang ditulis di atas kulit disahkan secara saintifik bahawa ia telah ditulis pada era Rasulullah iaitu antara tahun 606 dan 652.

Penemuan lembaran itu ditemui di Perpustakaan Negeri di Berlin, selepas ia disembunyikan bertahun-tahun lamanya.

Memetik laporan akhbar Maerkischer Allgemeine Zeitung, jurucakap perpustakaan Negeri, Jeanette Lamblia berkata, selepas lembaran cetakan al-Quran itu ditemui, pihaknya segera mengujinya dan mendapati ia memang dari zaman Nabi Muhammad.

“Salinan itu telah diuji.

“Ia sebagai sebahagian daripada projek besar jangka panjang yang dikenali sebagai ‘Corpus Coranicusm’ dan lembaran itu telah dianalisis di makmal di Zurich,” katanya.

Corcus Coranicusm, adalah satu projek yang menguji dan memeriksa semua salinan al-Quran di seluruh Eropah.

Cetakan al-Quran khusus ini disimpan di Perpustakaan Negeri itu selama lebih 100 tahun.

Cetakan yang pada asalnya sebahagian daripada warisan pusaka seorang ahli sains Mesir berkemungkinan dibawa ke Jerman, pada akhir abad ke-19 atau awal abad ke-20.



Sumber: Sinar Harian

1 comment: