Pelakon cantik ini disaman kerana curi ayam jiran


MILA Kunis disaman oleh jiran sendiri apabila pelakon itu dikatakan mencuri ayam peliharaan jirannya 25 tahun lalu.

Daily Mail melaporkan wanita berkenaan, Kristina Karo mendakwa Mila adalah rakan baiknya dan sering bermain dengan ayam peliharaannya itu yang diberi nama Doggie.

Bagaimanapun kata Kristina, Mila mengaku telah mencuri Doggie dan berjanji akan menggantikan ayam lain bagi menebus kesalahannya itu.

Dakwanya lagi, akibat kejadian itu, dia mengalami tekanan perasaan dan pernah mendapatkan rawatan terapi.

Malah katanya, sehingga ke hari ini dia masih lagi berjumpa dengan pakar jiwa bagi membantunya melupakan ayam peliharaannya itu.

Kristina menuntut Mila membayar USD5,000 (RM15,000) bagi membayar bil rawatan terapi selain ganti rugi akibat tekanan perasaan disebabkan kejadian itu.

Sementara itu, Mila dalam satu kenyataan menerusi video berkata, dia menganggap dakwaan dan saman difailkan wanita berkenaan mengarut dan tidak berhasrat untuk melayan perkara itu.


Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment