Gambar 'Hantu' Paul Walker Bersama Vin Diesel Jadi Viral

Gambar 'hantu' Paul Walker (kiri) berdiri bersebelahan dengan Vin Diesel dimuat naik oleh seorang peminat di Facebook sebagai tanda penghormatan.

SEORANG peminat kepada mendiang pelakon filem 'Fast and Furious', Paul Walker membuat penghormatan lain daripada yang lain, serentak dengan penghormatan penuh emosi oleh seorang lagi bintang filem pecah panggung itu, Vin Diesel di Anugerah Filem MTV.

Portal Mirror melaporkan gambar itu menunjukkan Vin Diesel sedang bersandar pada sebuah kereta, dengan imej bayang Paul Walker berdiri di sebelahnya.


Walker meninggal dunia akibat kemalangan kereta pada November 2013, tetapi penghormatan terhadap bintang Hollywood kembali dibuat selepas filem terbaharu Furious 7 yang menampilkan lakonan terakhir beliau memegang watak Brian O'Conner, kini mula ditayangkan di seluruh dunia.

Imej 'hantu' Walker itu dimuat naik oleh seorang peminat Jeffrey Raymond Frohlich dan ia kini tersebar dan menjadi viral di media sosial.

Bercakap pada Anugerah Filem MTV pada malam Ahad (pagi Isnin waktu Malaysia), Vin Diesel berkata: "Kali terakhir saya berdiri di atas pentas ini adalah bersama Pablo (panggilan Walker oleh Diesel).

"Jadi, saya mahu menceritakan sedikit tentang anda dengan lagu yang indah ini."

Diesel menyanyikan lagu "See You Again" sebagai penghormatan kepada Walker di Anugerah Filem MTV. - Mirror


Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment