SEORANG remaja dari Maghribi dinamakan sebagai individu paling berbakat di dunia selepas dia berjaya menarik sebuah kereta seberat 1,500 kilogram dengan menggunakan rambutnya.
Menurut DailyMail, Ikram Salhi yang bercita-cita untuk menjadi wanita terkuat di negaranya menunjukkan kebolehan luar biasanya itu ketika menyertai sebuah program realiti TV, World’s Most Talented.
Kejayaan Ikram menarik kereta Mercedes-Benz sejauh 10 meter itu dengan tali diikat pada rambutnya turut disambut sorakan penonton yang menyaksikan rakaman rancangan terbabit.
“Saya langsung tidak berasa sakit ketika melakukan aksi itu, malah saya sangat berbangga kerana dapat mewakili wanita Maghribi,” jelasnya.
Menurutnya lagi, dia mula melakukan aksi tersebut sejak berusia sembilan tahun dan kenderaan paling berat pernah ditarik olehnya adalah kenderaan pacuan empat roda, Range Rover.
Remaja tersebut bakal berentap dengan pesaing dari Jerman dalam program sama pada 28 April depan. - Sinar Harian

perggggggggggh hebat
ReplyDelete