Choupette, si kucing diva

 Choupette dengan gayanya yang manja dan eksklusif.

DISEDIAKAN dua pembantu dan jet peribadi, semuanya bukan untuk selebriti terkemuka sebaliknya khusus buat seekor kucing yang pendapatannya mencecah tiga juta Euro setahun menerusi penampilan istimewanya di televisyen.

Dikenali sebagai Choupette, binatang peliharaan pereka fesyen terkenal, Karl Lagerfeld ini dianggap kucing paling dimanjakan di dunia.

Malah, pada usia tiga tahun, ia juga mungkin boleh dikatakan haiwan paling kaya di muka bumi ini.

Spesis kucing Siam ini sering mendapat tawaran untuk iklan TV, bukan berkaitan makanan haiwan tetapi iklan eksklusif berkaitan kereta dan produk kecantikan.


Pemiliknya yang berusia 82 tahun itu verpendapat Choupette 'terlalu istimewa' untuk muncul dalam iklan makanan haiwan.

"Choupette menjadi kucing paling terkenal dan paling kaya di dunia malah turut memperoleh tiga juta Euro daripada dua tawaran pekerjaan tahun lepas.

"Choupette tidak sama seperti kucing lain. Dia mempunyai keunikan yang tersendiri, malahan terlalu istimewa untuk muncul dalam iklan makanan," lapor dailymail.co.uk yang memetik kenyataan Lagerfeld.

Disamping itu, Choupette juga mempunyai akaun Twitter dan Instagram sendiri.


Pereka fesyen dari Jerman itu turut mendedahkan bahawa kucingnya sentiasa menjadi peneman ketika makan malam dan semasa mendapatkan rawatan kuku setiap minggu.

"Choupette sentiasa bersama saya dan dia mempunyai dua pembantu peribadi," kata Lagerfeld.

Malahan, Choupette menginap di bilik khas berasingan dengan pemiliknya di hotel mewah Mercer semasa Lagerfeld melawat New York untuk menampilkan koleksi terbaharunya.



Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment