Ini 'negara' paling muda di Eropah, ditubuhkan pada 13 April 2015

Free Republic of Liberland, negara paling baru di Eropah (liberland.org)

Seorang warga Republik Czech mengisytiharkan diri sebagai Presiden Free Republic of Liberland, negara yang baru ditubuhnya 13 April lalu. Negara seluas 7 Km2 ini berada di sempadan Croatia dan Serbia.

Lelaki bernama Vit Jedlicka ini adalah ahli Parti Liberal di Republic Czech. Namun kini dia menjadi Presiden di 'negara' buatannya tersebut.


 Negara ini berada di tebing Sungai Danube, sempadan antara Croatia dan Serbia yang dulu disebut sebagai wilayah Gornja Siga. Dipetik dari laman rasmi negara Free Republic of Liberland iaitu liberland.org, Jumaat (17/4/2015), slogan negara ini adalah 'To Live and Let Live'.

Benderanya berwarna kuning dan hitam, dengan gambar seperti perisai di tengahnya. Vit menubuh negara ini dengan sistem pemerintahan republik berperlembagaan, lengkap dengan sistem undang-undang sendiri.

Dengan luas hanya 7 Km2, Free Republic of Liberland menjadi salah satu negara mikro terkecil di Eropah selain juga Vatican dan Monaco. Kini Free Republic of Liberland sedang mencari warga negara baru.


Mengikut laman webnya, mereka yang berminat menjadi warganegara  perlu memenuhi syarat berikut:

1. Menghormati orang lain dan menghargai pendapat mereka, tanpa melihat perbezaan bangsa, etnik, orientasi seksual, atau agama.
2. Menghormati pemilikan peribadi.
3. Tidak mempunyai sejarah keturunan komunis, Nazi atau kumpulan ekstrem lain.
4. Tidak mempunyai rekod jenayah.

Dalam laman webnya juga disebutkan, anda yang berminat untuk menjadi warga negara Free Republic of Liberland boleh 'meng-apply' dengan menghantar email ke alamat info@liberland.org



Sumber: http://travel.detik.com

1 comment: