Muharrem terkejut saat jirannya tiba-tiba berkomunikasi dengannya menggunakan bahasa isyarat
Seorang lelaki pekak, menitiskan air mata terharu, setelah seluruh jirannya belajar bahasa isyarat agar dapat berbicara dengan dirinya.
Seperti dilapor dailymail.co.uk, lelaki bernama Muharrem dari Turki, yang menderita pekak, secara diam-diam dirinya dipaparkan menjadi bintang sebuah iklan call center syarikat telefon bimbit terkenal, dengan mesej 'Sebuah dunia tanpa halangan adalah impian kami.'

Seorang wanita yang tak sengaja melanggarnya pun menggunakan bahasa isyarat saat meminta maaf
Muharrem, tanpa sedar, dirinya telah difilemkan apabila keluar dari rumahnya di Istanbul.
Rakaman bermula ketika dia keluar dari rumah bersama adiknya, Ozlem, yang sebenarnya sudah mengetahui rancangan ini.
Para sukarelawan yang bertugas menyapa Muharrem sudah mempelajari bahasa isyarat selama satu bulan.
Selepas beberapa saat keluar dari rumahnya, di jalan dia bertemu dengan seorang lelaki yang mengucapkan selamat pagi padanya. Saat masuk ke kedai makan, penjaga kedai juga berbicara dengan bahasa isyarat kepadanya.

Papan iklan di jalan juga 'berbicara' dengan Muharrem menggunakan bahasa isyarat
Ketika ingin membeli roti, penjual juga berbicara dengannya mengguna bahasa isyarat , begitu juga dengan penjual buah.
Seorang wanita yang tak sengaja melanggarnya pun meminta maaf dengan bahasa isyarat.
Muharrem semakin terkejut dan hairan apabila seorang pemandu teksi menyambutnya dengan bahasa isyarat.

Pemandu teksi menggunakan bahasa isyarat saat berbicara dengan Muharrem
Sebuah papan iklan yang dia lihat di jalan pun seakan berbicara padanya dengan bahasa isyarat.
Sebenarnya, puluhan kamera, telah diletakkan di sekitar kawasan yang dilalui Muharrem.
Muharrem menangis ketika mengetahuinya.

Muharrem menangis kerana terharu
Aksi kejutan ini dipersiapkan selama satu bulan, dan dianjurkan oleh syarikat telefon bimbit Samsung Turki, untuk mempromosikan call center untuk orang kurang pendengaran.
Walaupun hanya menjadi sebahagian daripada iklan, Muharrem berterima kasih atas usaha jirannya yang sudah bersusah payah memberikan kejutan dan perhatian untuknya.
Semoga dengan adanya call center ini dapat membantu mereka yang mengalami masalah pendengaran.

Sumber: Vemale.com
Foto: Daily Mail
bagusnya ada jiran cm nie
ReplyDelete