Dalam ladang sawit pun ada GRO

GRO warga Vietnam yang ditahan di sebuah restoran dalam ladang kelapa sawit.

LUMUT - Sepasukan anggota Jabatan Imigresen Lumut mengadakan serbuan di sebuah restoran di ladang kelapa sawit di Kampung Selamat di sini, dan berjaya menahan 10 wanita warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di restoran tersebut pada 2 Januari lalu.

Ketuanya, Muhamad Faizal Saidin berkata, Operasi Bersepadu 6P itu dilakukan bagi mengekang masalah pendatang tanpa izin (Pati) dan GRO di daerah ini.

"Serbuan yang dibuat pada jam 7 petang itu adalah hasil maklumat orang awam dan  risikan pihak Imigresen Lumut Bertindak.

“Semasa serbuan dijalankan GRO berkenaan cuba melarikan diri di ladang kelapa sawit berhampiran namun kami berjaya menahan mereka. GRO berumur antara 20 hingga 40-an berkenaan didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya.

Katanya, dalam masa sama beberapa serbuan turut dilakukan di rumah kongsi sekitar Kampung Selamat dan Pekan Gurney.

“Hasil serbuan kita berjaya menahan 19 warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen sah.

“Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Depat Tahanan Langkap untuk tahanan reman dan siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Operasi ini akan diadakan secara berkala untuk memastikan masalah Pati dapat dikekang.

“Kita juga mengalu-alukan maklumat daripada orang awam supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Faizal berkata, seramai 37 orang melibatkan pelbagai warganegara berjaya ditahan sepanjang Januari hingga Disember tahun lalu.

“Mereka termasuk warga Vietnam (17 orang), China (4 orang), Thailand (11 orang), Indonesia (2 orang) dan Malaysia (3 orang) kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.

“Kita akan meneruskan operasi ini dari semasa ke semasa dan berharap masalah Pati ini dapat diatasi segera,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

4 comments:

  1. haiiii patut la malaysia termsk dlm senarai memiliki pelacur tertinggi di dunia

    ReplyDelete
  2. Sapa tak suka ngentot sumbat sumbat kan ?
    Ada orang makan duit senyap senyap ni , kalau tidak susah juga tinggal dalam ladang sawit ada banyak babi hutan.....

    ReplyDelete