Pekebun lalok ‘kantoi’ hulur dadah kepada polis

Alor Gajah: Seorang pekebun ditahan bersama sejumlah dadah ketika nyenyak tidur di rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Lubok Cina, di sini, pagi kelmarin.

Lebih mengejutkan apabila lelaki berusia 35 tahun itu yang dipercayai lalok, bangun daripada tidurnya lalu menyerahkan sekotak rokok yang mengandungi dua tiub dipercayai dadah jenis heroin dan syabu kepada polis.


Penahanan itu juga membawa kepada penemuan beg plastik mengandungi puluhan peket dadah jenis heroin yang diletakkan di bawah sofa di rumah berkenaan.

Serbuan pada jam 11.30 pagi itu dilakukan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah itu berjaya merampas 63 paket plastik dipercayai mengandungi dadah jenis heroin dan syabu.


Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, ketika serbuan, suspek sedang tidur di atas sofa di ruang tamu rumahnya dan tergamam sebaik menyedari kehadiran polis.


“Suspek yang masih separuh sedar tidak dapat berbuat apa-apa sebelum menghulurkan satu kotak rokok mengandungi dua peket lut sinar dipercayai dadah heroin dan syabu.

“Hasil pemeriksaan di rumah itu, kami menemui satu bungkusan plastik di bawah satu sofa berdekatan mengandungi 60 peket plastik lut sinar dipercayai dadah heroin,” katanya.


Sumber: myMetro

2 comments: