Playboy Buas Taiwan Kena Penjara 79 Tahun


 SELEPAS berjaya mengelak daripada ditahan polis selama kira-kira tiga minggu, akhirnya seorang lelaki yang mendapat jolokan playboy Taiwan dihukum penjara 955 bulan atau hampir 80 tahun atas kesalahan merogol, lapor media.


Justin Lee yang juga anak hartawan terkenal di Taiwan disabitkan kesalahan menahan sejumlah wanita di rumahnya dan memberi bahan pengkhayal tertentu sebelum merogol mangsanya.

Aksi itu juga dirakam Lee menggunakan telefon bimbit dan peranti lain.

Difahamkan, antara yang menjadi mangsa Lee adalah model dan selebriti.

Perbicaraan yang berlangsung mendedahkan, Lee membiarkan mangsanya mabuk atau khayal di kelab malam serta pusat hiburan sebelum membawa mereka ke rumahnya dan melakukan pencabulan atau merogol mereka.

 
 Justin Lee diiringi anggota polis ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Taiwan.

Mahkamah Tinggi Taiwan mengenakan hukuman penjara 79 tahun 7 bulan terhadapnya, iaitu hukuman lebih berat berbanding keputusan mahkamah terdahulu yang membicarakan kes berkenaan.

Lelaki itu juga diarah membayar pampasan AS1.15 juta (RM3.66 juta) kepada mangsanya.

Siasatan ke atas Lee dibuat selepas seorang daripada mangsa mengadu kepada polis.

Polis kemudian menemui video seks tersimpan dalam komputer serta telefon bimbit Lee sejak 2012, namun dia enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Sebaliknya Lee melarikan diri dan bersembunyi di sebuah rumah rakannya dan hanya menyerah diri selepas 23 hari diburu.

Walaupun dihukum penjara hampir 80 tahun, Lee hanya perlu menjalani hukuman 30 tahun kerana ia adalah peruntukan maksimum bagi kesalahan seumpama itu.


Sumber: mstar.com.my

2 comments: