Kejam! Peha lembu dilapah dan dipotong hidup-hidup


Jika benar dakwaan dari komen Facebook dibawah, memang segelintir manusia zaman sekarang sudah hilang sifat kemanusiaan. Bahkan boleh dikatakan mereka ini lebih teruk dari binatang.


Cuba bayangkan betapa sakitnya lembu ini kerana tiga kakinya dipotong dan dilapah tanpa disembelih. Dikatakan, sebelum perkara terkutuk itu dilakukan, ia disembur dengan racun serangga supaya mamai.


 Dah la tu mencuri, pergi pulak seksa binatang. Apa dosa binatang ni sampai kena macam ni? Jelas hati mereka ini sudah hitam diliputi kebendaan duniawi.

Berdasarkan satu komen, perkara ini berleluasa di Kelantan dan orang ramai dinasihatkan tidak membeli daging lembu di beberapa kawasan tertentu di Kelantan dan perkara ini bukanlah satu perkara baru.


Penulis ada bertanya kepada beberapa rakan di Kelantan mengenai perkara ini, dan menurut mereka, perkara ini berlaku di beberapa kawasan disana.

Menurut salah satu dari mereka, satu kejadian berlaku dimana hanya satu kaki sahaja yang sempat dipotong, dan ketika lembu itu dijumpai, ia masih hidup dan dalam keadaan terkebil-kebil....kesian...

Ditanya mengapa kaki sahaja yang diambil, mereka berkata, ia kerana bahagian kaki lembu yang paling mahal. Bahagian kaki sahaja berharga RM 40 manakala bahagian paha pula, RM 20~ RM 40 sekilo mengikut kematangan lembu. Dasyat manusia ni.. - SiakapKeli.com

4 comments: