Lubang dipenuhi mayat ditemui di utara Mosul. - Foto AFP
MOSUL - IRAQ. Kira-kira 500 mayat ditemui dalam sebuah kubur di daerah Hamidat, wilayah Mosul di utara Iraq.
Jurucakap kerajaan wilayah utara Mousl berkata, sebahagian mayat itu dipercayai tahanan dari penjara Badoosh yang dibunuh kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).
"Kami menemui sebuah kubur besar di barat Mosul dipenuhi orang awam termasuk budak. Mereka dipercayai berasal dari puak Izadi Kurd, yang secara khusus menjadi sasaran ISIL," katanya.
Menurut Al Arabiya, Sejak 10 Jun lalu, kumpulan ISIL semakin mengganas selepas menawan Mosul dan Tikrit, yang terletak 140 kilometer barat laut Baghdad.
Difahamkan, ISIL kini dapat mengawal timur Syria dan kawasan utara dan barat Iraq.
Susulan konflik itu, Arab Saudi, Qatar dan beberapa negara Teluk Parsi kini terpaksa berwaspada susulan kebimbangan serangan itu akan merebak ke negara mereka.
Bagaimanapun, pegawai kanan Iraq mendakwa, ISIL mempunyai hubungan rapat dengan perisikan Saudi dan dipercayai secara tidak langsung disokong oleh rejim Israel.
Sumber: Sinar Harian

YA ALLAH
ReplyDelete